BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 12, 2010







Hampir setiap hari kita mendengar kes-kes buang bayi yang berlaku di mana-mana di seluruh negara. Paling memilukan apabila ada bayi yang dibakar di tempat pembuangan sampah. Tidak cukup dengan itu, ada juga bayi yang dibuang menjadi makanan kepada burung-burung gagak. Apalah dosa bayi-bayi itu apabila diperlakukan sebegitu. Memang nilai kemanusiaan sudah berkurangan dalam diri masyarakat kita hari ini. Menyedari hakikat itu, kempen Kami Prihatin yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di Malaysia telah dilancarkan semalam oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


berharap semua pihak dapat berganding bahu mengatasi masalah tersebut dengan mengamalkan konsep jaya waris iaitu ‘anak orang anak kita’.







0 comments: